PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Saturday 7 July 2012

Kelebihan Susu Ibu

SUSU IBU....

Susu ibu merupakan makanan yang paling berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Kolostrum mengandungi tahap protein yang tinggi. Selain daripada membekalkan bahan keperluan untuk tumbesaran susu ibu juga dapat memberi perlindungan bayi daripada jangkitan pelbagai jenis penyakit.

Kandungan Susu Ibu
Protein 80.9%
Lemak 2.13%
Laktosa 6.9 - 7.2%

Kajian ini menunjukkan susu ibu dapat melindungi bayi daripada penyakit seperti sakit telinga, kolkol(pertussis), taun(typhoid), polio, gastroenteritis dan meningitis. Malah bayi yang diberikan susu ibu kurang terdedah kepada kemungkinan mendapat penyakit lelah dan juga pelbagai penyakit alahan.
 

  • Susu ibu sesuai untuk bayi secara semulajadi
  • Susu ibu tersedia dalam keadaan steril atau terpelihara dan bebas dari kuman dan hama.
  • Kandungan nutrien yang seimbang.
  • Susu ibu mudah hadam.
  • Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang.
  • Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit.
  •  
  • Najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksuaian untuk pembiakan kuman dalam sel usus.
  • Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan ransangan kasih sayang kedua-dua belah pihak, ibu dan bayi.
  • Hisapan mulut bayi menyebabkan pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involsi atau pengecutan semula rahim. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selagi menyusukan bayi 
  •  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...