PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Sunday 28 July 2013

Diet Untuk Pesakit Gout

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk atritis yang di akibatkan oleh pengumpulan hublur-hablur asid urik pada sendi - sendi. Gout disebabkan oleh peningkatan asid urik dalam darah. Apabila kandungan asid urik ini terus meningkat sebahagian dari asid urik ini akan membentuk kristal asid urik pada sendi - sendi dan menyebabkan kesakitan pada sendi, sukar bergerak, pembengkakakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang pada sendi ubu jari kaki.
Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Ia juga mungkin terbentuk dari pemecahan sel-sel tua dalam hati. Kebiasaannya purin larut dalam darah dan di kumuhkan melalui air kencing. Sumber protein dalam daging merah dan makanan laut mengandungi kandung purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Protein ----diuraikan--->Asid amino----diuraikan---->Asid urik

TANDA - TANDA GOUT
  •  rasa panas, sakit, bengkak dan kemerahan pada sendi terutamanya sendi kaki
  • kawasan kulit pada sendi yang terlibat gatal dan mengelupas
  • kesakitan yang bermula pada waktu malam dan tidak boleh tidur
  • demam
 PEMAKANAN UNTUK PESAKIT GOUT
  • Pesakit gout perlu cuba menurunkan berat badan secara perlahan - lahan iaitu di antara 0.5 hingga 1.0 kg dalam masa 1 minggu. Penurunan berat badan yang drastik akan menaikkan paras asid urik dalam badan.
  •  Perlu minum banyak air, sekurang - kurangnya lapan gelas sehari ataupun 2 liter sehari untuk menyingkirkan asid urik dan mencegah pembentukan batu karang. air dapat mencairkan kandungan asid urik sekali gus membantu menyingkirkan asid urik dari badan.
  • Elakkan pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan pengumpulan asid laktik yang dapat menghalang fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.
  • Elakkan mengambil makanan tinggi purin. Daging merah, organ dalaman adalah sumber protein yang tinggi urin. Sebagai alternatif lain pesakit gout boleh makanan seperti ikan ataupun tofu.

MAKANAN TINGGI PURIN
  • organ dalaman seperti limpa, hati dan jantung
  • ikan bilis/ budu
  • ikan kembung/ ikan cencaru/ ikan parang
  • telur/ ikan/ makanan laut/ sardin
  • ekstrak lembu/ kiub sup
  • angsa/ ayam hutan
  • rebung/ petai/ jering
  • ragi

MAKANAN SEDERHANA PURIN
  • daging merah
  • ayam/ itik
  • kacang parang
  • kacang peas
  • kacang dhal
  • bayam
  • cendawan
  • bunga kobis

Wahhhhh...banyak pulak makanan yang mengandungi purin yang tinggi ni....aduhhh lepas tu nak makan apa macam ni...bukan tak boleh makan...boleh tapi mesti secara sederhana...

Selain daripada itu, kebanyakkan pengguna - pengguna tegar Shaklee sangat gemar mengambil Alfafa, OmegaGuard, Jointh Health Tablet dan Performance Drink sebagai makanan tambahan yang dapat membantu mereka dalam masalah ini.....

Seperti yang kita sedia ketahui suplemen2 tersebut dapat membantu dalam.. .....
Alfafa ----> membantu menyingkirkan asid urik dalam badan
OmegaGuard ----> mengelakkan radang sendi
Joint Health Tablet ------> memberi keselesaan pada sendi
Performance Drink --------> untuk membantu mengatasi dehidrasi badan supaya asid urik sentiasa boleh diproses keluar

  
Membantu menyingkirkan asid urik dalam badan

Memberi keselesaan pada sendi
Mengelakkan radang sendi
Membantu mengatasi dehidrasi badan supaya asid urik sentiasa boleh diproses keluar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...