PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Sunday 15 September 2013

7 SEBAB MENGAPA BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN?


1. Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pen...cegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.

4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat - ubatan, alkohol dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan

6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

7. Bagi yang bekerja makanan tengahari selalunya diluar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...