PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Sunday 28 July 2013

Diet Untuk Pesakit Gout

Penyakit Gout ialah salah satu bentuk atritis yang di akibatkan oleh pengumpulan hublur-hablur asid urik pada sendi - sendi. Gout disebabkan oleh peningkatan asid urik dalam darah. Apabila kandungan asid urik ini terus meningkat sebahagian dari asid urik ini akan membentuk kristal asid urik pada sendi - sendi dan menyebabkan kesakitan pada sendi, sukar bergerak, pembengkakakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang pada sendi ubu jari kaki.
Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Ia juga mungkin terbentuk dari pemecahan sel-sel tua dalam hati. Kebiasaannya purin larut dalam darah dan di kumuhkan melalui air kencing. Sumber protein dalam daging merah dan makanan laut mengandungi kandung purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Protein ----diuraikan--->Asid amino----diuraikan---->Asid urik

TANDA - TANDA GOUT
  •  rasa panas, sakit, bengkak dan kemerahan pada sendi terutamanya sendi kaki
  • kawasan kulit pada sendi yang terlibat gatal dan mengelupas
  • kesakitan yang bermula pada waktu malam dan tidak boleh tidur
  • demam
 PEMAKANAN UNTUK PESAKIT GOUT
  • Pesakit gout perlu cuba menurunkan berat badan secara perlahan - lahan iaitu di antara 0.5 hingga 1.0 kg dalam masa 1 minggu. Penurunan berat badan yang drastik akan menaikkan paras asid urik dalam badan.
  •  Perlu minum banyak air, sekurang - kurangnya lapan gelas sehari ataupun 2 liter sehari untuk menyingkirkan asid urik dan mencegah pembentukan batu karang. air dapat mencairkan kandungan asid urik sekali gus membantu menyingkirkan asid urik dari badan.
  • Elakkan pengambilan alkohol. Pengambilan alkohol yang berlebihan akan menyebabkan pengumpulan asid laktik yang dapat menghalang fungsi buah pinggang untuk menyingkirkan asid urik.
  • Elakkan mengambil makanan tinggi purin. Daging merah, organ dalaman adalah sumber protein yang tinggi urin. Sebagai alternatif lain pesakit gout boleh makanan seperti ikan ataupun tofu.

MAKANAN TINGGI PURIN
  • organ dalaman seperti limpa, hati dan jantung
  • ikan bilis/ budu
  • ikan kembung/ ikan cencaru/ ikan parang
  • telur/ ikan/ makanan laut/ sardin
  • ekstrak lembu/ kiub sup
  • angsa/ ayam hutan
  • rebung/ petai/ jering
  • ragi

MAKANAN SEDERHANA PURIN
  • daging merah
  • ayam/ itik
  • kacang parang
  • kacang peas
  • kacang dhal
  • bayam
  • cendawan
  • bunga kobis

Wahhhhh...banyak pulak makanan yang mengandungi purin yang tinggi ni....aduhhh lepas tu nak makan apa macam ni...bukan tak boleh makan...boleh tapi mesti secara sederhana...

Selain daripada itu, kebanyakkan pengguna - pengguna tegar Shaklee sangat gemar mengambil Alfafa, OmegaGuard, Jointh Health Tablet dan Performance Drink sebagai makanan tambahan yang dapat membantu mereka dalam masalah ini.....

Seperti yang kita sedia ketahui suplemen2 tersebut dapat membantu dalam.. .....
Alfafa ----> membantu menyingkirkan asid urik dalam badan
OmegaGuard ----> mengelakkan radang sendi
Joint Health Tablet ------> memberi keselesaan pada sendi
Performance Drink --------> untuk membantu mengatasi dehidrasi badan supaya asid urik sentiasa boleh diproses keluar

  
Membantu menyingkirkan asid urik dalam badan

Memberi keselesaan pada sendi
Mengelakkan radang sendi
Membantu mengatasi dehidrasi badan supaya asid urik sentiasa boleh diproses keluar

Saturday 27 July 2013

Tepung Ubi Penawar Ruam

Ermmm senang saja, boleh cuba kat rumah dengan mudah....Ambil tepung ubi dan lumurkan ke bahagian - bahagian yang ada ruam selepas mandi. Pastikan bahagian - bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti leher, punggung dan dada dilumur dengan tepung ubi.

Selamat Mencuba.....

Wednesday 24 July 2013

Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


Buah pinggang ataupun ginjal berfungsi sebagai penapis darah untuk menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh dalam bentuk air kencing. Ia turut berfungsi mengekalkan keseimbangan jumlah cecair dalam tubuh, mengawal tekanan darah dan menghasilkan hormon bagi memastikan tulang kuat dan badan sihat. Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, bahan buangan yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah menyebabkan hilang selera makan, loya, muntah dan keletihan serta penurunan berat badan.

Penyakit buah pinggang kronik(CKD - Cronic Kidney Disease) adalah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan dan berlaku secara beransur-ansur dalam jangka masa panjang. Setiap tahun ramai yang meninggal dunia akibat masalah buah pinggang yang berpunca daripada penyakit kencing manis.
Faktor yang mengakibatkan CKD adalah sakit jantung, gout, darah tinggi dan penggunaan ubat tahan sakit yang berpanjangan. Apabila CKD tidak terkawal pada peringkat awal ia akan mengakibatkan kerosakkan buah pinggang.

NUTRIEN YANG PERLU DI AWASI OLEH PESAKIT BUAH PINGGANG

PROTEIN
Protein penting kerana membantu tubuh kita menyembuhkan badan kita daripada kecederaan dan pendarahan. Namun begitu, sekiranya anda disahkan menghidap penyakit buah pinggang anda perlu menghadkan pengambilan protein kerana buah pinggang tidak dapat menapis terlalu banyak sisa protein. Ia juga bergantung kepada tahap dan saiz badan dan tahap penyakit buah pinggang yang dihadapi tersebut. Jika sudah sampai ke tahap dialisis pengambilan protein perlu ditingkatkan kerana ia akan disingkirkan semasa proses dialisis. Dalam masa yang sama pesakit juga mesti bihak memilih makanan protein yang rendah fosforus.

SODIUM
Penyakit buah pinggang menyebabkan kesukaran untuk menghapuskan garam dan cecair yang berlebihan daripada badan. Bagi pesakit buah pinggang, mengurangkan sodium dalam diet akan membantu mengawal tekanan darah dan mencegah bahan buangan dan bahan cecair berkumpul di dalam badan. Pengambilan sodium dihadkan kepada 2000miligram(kurang dari 1 sudu teh) sehari. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses kerana ia mempunyai kandungan sodium yang tinggi. Terlalu banyak mengambil sodium menyebabkan seseorang itu cepat berasa haus dan sukar mengawal pengambilan cecair sedangkan pesakid CKD perlu menghadkan pengambilan cecair.

POTASSIUM
Bahan mineral yang mengawal otot dan fungsi saraf di dalam badan. Buah pinggang yang sihat akan memastikan kadar potassium sentiasa normal dan akan menyingkirkan jumlah berlebihan. Jika kadar potassium yang tinggi ia akan menyebabkan lemah jantung, dengupan jantung tidak tetap, lesu dan kesukaran bernafas. Contoh makanan yang mengandunggi potassium seperti bijirin gandum penuh, roti dan biskut, tomato puri, daging, ekstrak sayuran, kiub stok dan minuman berasaskan malta.

FOSFORUS
Kalsium dan fosforus adalah meneral yang membantu pertumbuhan tulang yang sihat. Hampir 85% daripada jumlah fosforus di dalam badan berada dalam tulang anda. Buah pinggang yang sihat membantu di dalam penyingkiran lebihan fosforus dan menyeimbangi thap fosforus di dalam darah. Buah pinggang yang tidak sihat tidak dapat membung fosforus dari darah dan mengakibatkan kandungan fosforus yang tinggi dalam darah(hyperphosphatemia). Keadaan ini menyebabkan kurang kalsium dalam badan dan menyebabkan sakit tulang atau sendi. Bagi pesakit buah pinggang, tahap fosforus yang dibenarkan adalah sebanyak 800 hingga 1000 miligram. Kebanyakkan makanan mempunyai fosforus, makanan yang mengandungi protein juga kaya dengan fosforus.

Sumber : Anis Mac 2013

Monday 22 July 2013

Papaya


A natural antacid. Papaya juice or tablets can be taken freely without any fear of rebounding. And dried papaya slices are also an excellent way to take advantage of this herb's benefits. Additionally, papaya may be the only fruit in your supermarket with more omega-3 than omega-6.

Early Mindell's New Vitamin Bibble

Friday 19 July 2013

Info


Info




Basic H

KEGUNAAN & CARA

1. Mencuci & membersih sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun & bahan kimia
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 5 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
2. Mencuci & membersih ikan, ayam & daging & makanan laut daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
3. Mencuci & membersih makanan basah spt. Mee kuning, kuehtiau dsbnya daripada bahan awet
  • Isikan air ke dalam besen dan masukkan 2-3 titik basic-h. Biarkan selama 5 – 10 minit
4. Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak
5. Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus
6. Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya
  • Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas
7. Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
  • Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai
8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
  • Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal
9. Mengasah pisau
  • Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam
10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
  • Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas


UNTUK KECEMASAN
KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
  • Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas
2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
  • Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.
3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga
4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.
5. Sakit gigi
  • Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.
6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.
7. Ulser dan mulut berbau
  • Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
  • Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.
9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
  • Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.


Credit to Master Farihah

BILAKAN WAKTU PENGAMBILAN VITAMIN YANG SESUAI?

Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua: VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak. Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa. Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita. Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

Selepas sarapan pagi : B complex dan zink

In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Vitalea


In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP


Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)

Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :

Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

Credit to Master Farihah

Sunburn




A good sunscreen preparation should always be used before exposing yourself to the sun's ultraviolet rays for any length of time. What most people don't realize is that the sun actually burns the skin and bad burns can brake the skin and leave it vulnerable to infection. If it's too late for preventives, try this:
  • aloe vera gel, applied three to four times daily
  • vitamin E cream(20,000 IU) also applied tree to four times daily
  • vitamin C, 500mg a.m and p.m until burn heals

Kembung @ Colic

Kembung ataupun colic seringkali dikaitkan dengan bayi menangis disebabkan oleh sakit perut. Dianggarkan 1 hingga 5 dalam setiap 10 bayi mengalami kembung perut.

TANDA - TANDA
  • Menangis berterusan
  • Kerap menangis buat masa yang sama tanpa sebab - sebab yang jelas
  • Tanda - tanda terjadi selepas makan ataupun minum
  • Menarik kedua belah kaki ke perut dan tangan digenggam
  • perut keras
  • kentut


PUNCA
TRAPPED INTERNAL GAS

FOOD ALLERGY

FOURT TRIMESTER THEORY

MILK PROTEIN ALLERGY

BACTERIAL IMBALANCE

 EXTERNAL ENVIRONMENT




GASTRO-ESOPHAGEAL REFLUX

LACTOSE INTOLARANCE


MENGELAKKAN BAYI KEMBUNG

Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
  • Cuba tukar susu contohnya susu soya selepas merujuk kepada doktor anda.
Jika bayi menyusu badan:
  • Teruskan penyusuan susu ibu tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kafein dan makanan yang diperbuat daripada susu lembu.

Thursday 18 July 2013

Risiko Alergi



Seorang kanak- kanak mempunyai risiko:
  • 15% peratus untuk mendapat allergi jika kedua - dua ibu bapanya tiada masalah alergi
  • 30% jika ibu atau bapanya mempunya alergi
  • lebih 60% jika kedua - dua ibu bapanya ada alergi




Tanda
Bahagian badan yang mudah bertindak balas terhadap sesuatu alergi ialah mata, hidung, paru - paru, kulit dan perut. Kita perlu projatin sekiranya anak menunjukkan simptom seperti selesema, hidung tersumbat atau gatal, bersin, gatal telinga dan tekak, gatal mata, ruam dan gatal gatal pada kulit.

Tindakbals alergi yang paling teruk ialah anafilasis yang menjelaskan berberapa organ secra serentak. Kulit akan dinaiki ruam atau gatal - gatal, sukar bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, sakit perut, loya dan muntah. Reaksi ini selalunya berlaku dalam masa berberapa minit sehingga berberapa jam terkena alahan. Sekiranya tidak dirawat, keadaan ini akan membawa kepada kematian.

Punca
Mungkin disebabkan oleh sesuatu yang disedut ketika bernafas, dimakan, terkena kulit atau disuntik kedalam badan(melalui suntikan atau sengatan haiwan).
  • Udara - debunga, habuk, bulu haiwan, kulapuk ataupun bahagian badan serangga.
  • Makanan - kira -kira 2% kanak - kanak mengalami alahan makanan dan biasanya alahan ini dikesan ketika mereka berumur 3 tahun. Antara makanan yang biasa menyebabkan alahan ialah susu lembu, telur, kacang soya, gandum, kacang tanah, kekacang, jagung, sebahagian bahan pewarna dan bahan perasa.
  • Sentuhan - bahan yang disentuh akan diserap oleh kulit dan boleh menyebabkan tindak balas pada seluruh badan bukan hanya pada tempat disentuh sahaja.
  • Suntikan - biasanya menyebabkan tindak balas teruk kerana alahan itu terus memasuki saluran darah. Pencetus alahan yang boleh menyebabkan tindak balas teruk ialah bisa serangga, ubat - ubtan, vaksin dan hormon.
Alah Susu Lembu

 Sekitar 1 -5 peratus bayi ada alahan kepada protein yang terdapat dalam susu lembu dan susu formula yang berasaskan susu lembu. Tanda alahan ini akan muncul dalam tempoh 6 bulan pertama, namun begitu kebanyakkan bayi akan bebas daripada alahan susu lembu pada usia 2 atau 3 tahun. Bayi akan mempamerkan tindak balas alahan seperti ruam, muntah, gatal, nafas berbunyi dan bengkak pelupuk mata dan badan yang lain.

Tuesday 16 July 2013

Meningkatkan Berat Badan Dengan Shaklee

Ermmm selalunya orang akan bertanya tentang set slimming tapi hari sorang kawan telah bertanyakan tentang set untuk meningkatkan berat badan dengan shaklee....jom kita tengok secara ringkas di sini....anatara suppliment yang membantu dalam proses peningkatan berat badan adalah seperti berikut...

Meal Shake

Sangat sesuai untuk individu yang mempunyai berat badan yang kurang. Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.



 Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar dan selera makan naik, secara tidak langsung berat badan akan naik.



Multivitamin yang hebat sebagai supplemen seimbang dan komprehensif bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang deperlukan. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik dan mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.


Untuk Info Lanjut Dan Cara Pengambilan Suplement Yang Betul
Pm FB SuperSihat
****bab bab nak naik berat badan ni xde hal lah ramai yg dapat membantu

Tips : Cara Menghancurkan Ubat Tablet Untuk Anak

Bila ubat diperlukan untuk janka masa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas. Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangka masa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat.


Thursday 11 July 2013

Testimoni GLA ~ Cyst Mengecut

Lagi keajaiban yang dapat dikongsikan


Menambat Selera Anak Picky Eater

Anak - anak membesar memerlukan diet pemakanan yang seimbang. Sudah semestinya kebanyakkan anak - anak sangat meminati makanan ringan ataupun jajan. INGAT.....kesihatan anak terletak ditangan kita sebagai ibu bapanya. Kita bertanggungjawab membentuk budaya pemakanan yang sihat atau sebaliknya.



Minat Terhadap Makanan

Pelbagai makanan dapat disajikan kepada anak kita yang penting kita mengikut piramid makanan sebagai asas pemilihan makanan. Melebihkan sayuran dan mengurangkan lemak. Kadang -kadang memang susah untuk kita realisasikan tapi itu yang kita didik dalam diri anak. Tidak salah kalau anak suka pada coklat dan gula - gula tapi biar berpada-pada.

Cuba cetuskan minat anak - anak terhadap makanan dengan cara berikut :

  • libatkan anak semasa memilih dan merancang menu.
  • bawa anak ke pasar dan cuba terangkan khasiat pelbagai jenis makanan yang dijual di pasar secara menyeronokan.
 

  • galakkan anak membantu semasa anda menyediakan makanan
haaa ambik aiman ngan adik tolong kat dapoq...habis petai tok

  • hidangkan makanan yang pelbagai warna dan penuh daya kerativiti
  • guna peralatan yang pelbagai warna dan bentuk
  • luangkan masa untuk memasak. dalam Islam ada menyebut, air tangan ibu mampu menjadikan anak lebih sihat dan secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan
  •  
    Petua Menarik Minat Anak Makan
  • sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan
  • elakkan memberi makanan ringan atau manis pada waktu hampir menikmati makanan
  • potong makanan kepada saiz yg bersesuaian
  • timbang berat badan anak  setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesaran
  • sekiranya anak tidak dapat mengambil sesuatu makanan dalam tempoh yang agak lama, anda boleh memberikannya vitamin ataupun makanan tambahan
 Walaubagaimana pun, jika anak mengalami seperti penurunan berat badan, muntah dan tercekik, anak anda perlu penilaian yang lebih terperinci oleh doktor. Kemungkinan anak anda mengalami :
  • perasaan benci terhadap makanan
  • kegagalan otot pengunyahan (mulut)
  • penyakit gastro oesphageal reflux
  • kegagalan neuro(otak saraf) contohnya cerebral palsy(keabnomalan perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan koordinasi pada anngota-angota tubuh)
  • usus kecil tersumbat(intestinal obstruction)
  • achalasia - keadaan yang mengganggu aktiviti normal otot esofagus(gluet) dan ini melibatkan perjalanan bahan - bahan yang ditelan.

SuperSihat

Saturday 6 July 2013

Nutrient/ Nutrisi...Apa tu?

Nutrient(nutrisi)  bukan sekadar vitamin walaupun ramai dari kita yang menganggap keduanya adalah benda yang sama. Karbohidrat, protein(terbina dari rantaian amino asid), lemak, minerals, vitamin dan air kesemuanya adalah NUTRISI – dalam bentuk makanan yang boleh diserap oleh tubuh dan penting untuk kesihatan tubuh kita. Antara fungsinya adalah untuk membekal tenaga, fungsi organ yang sempurna, perkembangan sel dan macam-macam lagi.


Apa pula perbezaan Makro-Nutrisi dengan Mikro-Nutrisi? (MAKRO VS MIKRO)
Mula-mula kita harus tahu bezakan keduanya:
  • Mikro-NUTRISI adalah seperti vitamin dan minerals yang tidak boleh secara sendiri membekalkan tenaga kepada tubuh kita.

  • Makro-NUTRISI pula adalah seperti karbohidrat, lemak dan protein yang memberikan kita tenaga TETAPI pelepasan tenaga hanya berlaku dimana keberadaan MIKRO-NUTRISI yang mencukupi.


Friday 5 July 2013

Testimoni pengguna GLA + Zinc

Kita tengok apa kata Jue Julhayaty Jowlie

TESTIMONI PENGGUNA ADIK SAYA SENDIRI


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. atas izin Allah s.w.t .. pada 10.5.2013 sy telah dapati UPT sy positif..setelah 1 tahun lebih dan hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga.. alhamdulilah berkat usaha...doa..tawakal menjadikan permintaan sy didengar Allah s.w.t. Apa ingin sy tekankn di sini bersangka baik lah kepada yg maha pencipta..insyaallah semuanya akan ...tiba pada waktu yg tqk diduga.
Sebelum ni.. pelbagai produk dan kaedah yg telah saya gunakan.. sehingga kakak sy memperkenalkan GLA Complex keluaran SHAKLEE, manakala suami pula kakak sy sarankan untuk mengambil zink keluaran shaklee.
Tarikh akhir haid saya adalah 12.3.2013..oleh kerana kitaran haid sy panjang anta 30 dan 35 kemungkinan untuk saya haid lagi adalah 12.4 @ 16.4.2013.
Sepanjang tempoh sebelum haid sy telah mengambil 1biji GLA COMPLEX sebelah pagi dan 1 biji sebelah malam..manakala suami pula mengamalkan vit ZINK setiap pagi 1 biji.
Pada 15.4.2013 sy telah menjalankan ujian air kencing namun keputusan adalah negatif.. oleh kerana tidak berpuas hati sy telah menjalankan scan d klinik swasta namun doktor pun mengesahkan tidak hamil dan rahim dlam keadaan tebal.
Pada 10.5.2013 sy telah membuat ujian sendiri seawal pagi dan ternyata keputusan yg sy dapati adalah POSITIF..dn pada 11.5.2013 sy menjalankan ujian air kencing sekali lagi pada waktu tengah hari dan keputusan juga masih sama.
Hari isnin ni..13.5.2013.. sy dan suami bercadang untuk membuat pemeriksaan ke klinik.. Doakan segalanya bejalan lancar..dan doakan kandungan saya baik saja.. amin..

Wednesday 3 July 2013

Ramadan Bulan Nyah Toksin

Semasa berpuasa toksin daripada kolon, buah pinggang, pundi kencing dan paru - paru serta kulit boleh dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh. Secara tidak langsungnya ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen yang lebih banyak menyebabkan sel - sel lebih bertenaga.

Saranan pengambilan produk Shaklee di bulan puasa .....


Waktu Berbuka
  • dimulakan dengan kurma ( lebih afdal berbanding kuih yang manis)
  • gabungkan dengan Performance Drink Orange dan ESP Soy Protein Isolate Powder. ESP adalah untuk membekalkan tenaga tambahan bagi menunaikan solat tarawih.
  • pengambilan Alfafa untuk proses detoksifikasi tubuh
Sebelum Tidur
  • Amalkan segelas ESP berserta vitamin lain seperti Vitalea, B Complex, Vita C Plus sereta Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun bagi mengelakkan penyakit biasa seperti demam dan selesema memandangkan cuaca panas
Waktu Sahur
  • ambil nasi ataupun juadah sahur
  • ESP + Performance Orange
  • jangan lupa Alfafa untuk detoksifikasi  

:) jadi besempena dengan persediaan untuk ramadan kami menawarkan harga istimewa untuk anda...Berminat sila pm FB: SuperSihat atau sms/call : 012- 4882794

8 Pelukan Sehari

8 nombor ajaib...nombor ong....yang mencetuskan rembesan hormon cinta - Oksitosin.

Paling menarik bukan hanya suami isteri malahan memeluk anak - anak ataupun haiwan kesayangan juga dapat merangsang penghasilan hormon cinta ini dan mencipta kesan positif yang serupa seperti...
  • komunikasi dengan pasangan / anak - anak lebih baik
  • merendahkan paras hormon stress - kortisol
  • meningkatkan emosi yang membuatkan anda melihat dunia dengan lebih positif
  • rasa lebih tenang
  • hubungan lebih kuat dan mendalam
  • meningkatkan sistem imun
  • penyembuhan daripada trauma lebih pantas.....

*****peluklah anak kita setiap hari..... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...