PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Wednesday 24 July 2013

Diet Untuk Pesakit Buah Pinggang


Buah pinggang ataupun ginjal berfungsi sebagai penapis darah untuk menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh tubuh dalam bentuk air kencing. Ia turut berfungsi mengekalkan keseimbangan jumlah cecair dalam tubuh, mengawal tekanan darah dan menghasilkan hormon bagi memastikan tulang kuat dan badan sihat. Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, bahan buangan yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah menyebabkan hilang selera makan, loya, muntah dan keletihan serta penurunan berat badan.

Penyakit buah pinggang kronik(CKD - Cronic Kidney Disease) adalah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan dan berlaku secara beransur-ansur dalam jangka masa panjang. Setiap tahun ramai yang meninggal dunia akibat masalah buah pinggang yang berpunca daripada penyakit kencing manis.
Faktor yang mengakibatkan CKD adalah sakit jantung, gout, darah tinggi dan penggunaan ubat tahan sakit yang berpanjangan. Apabila CKD tidak terkawal pada peringkat awal ia akan mengakibatkan kerosakkan buah pinggang.

NUTRIEN YANG PERLU DI AWASI OLEH PESAKIT BUAH PINGGANG

PROTEIN
Protein penting kerana membantu tubuh kita menyembuhkan badan kita daripada kecederaan dan pendarahan. Namun begitu, sekiranya anda disahkan menghidap penyakit buah pinggang anda perlu menghadkan pengambilan protein kerana buah pinggang tidak dapat menapis terlalu banyak sisa protein. Ia juga bergantung kepada tahap dan saiz badan dan tahap penyakit buah pinggang yang dihadapi tersebut. Jika sudah sampai ke tahap dialisis pengambilan protein perlu ditingkatkan kerana ia akan disingkirkan semasa proses dialisis. Dalam masa yang sama pesakit juga mesti bihak memilih makanan protein yang rendah fosforus.

SODIUM
Penyakit buah pinggang menyebabkan kesukaran untuk menghapuskan garam dan cecair yang berlebihan daripada badan. Bagi pesakit buah pinggang, mengurangkan sodium dalam diet akan membantu mengawal tekanan darah dan mencegah bahan buangan dan bahan cecair berkumpul di dalam badan. Pengambilan sodium dihadkan kepada 2000miligram(kurang dari 1 sudu teh) sehari. Kurangkan pengambilan makanan yang diproses kerana ia mempunyai kandungan sodium yang tinggi. Terlalu banyak mengambil sodium menyebabkan seseorang itu cepat berasa haus dan sukar mengawal pengambilan cecair sedangkan pesakid CKD perlu menghadkan pengambilan cecair.

POTASSIUM
Bahan mineral yang mengawal otot dan fungsi saraf di dalam badan. Buah pinggang yang sihat akan memastikan kadar potassium sentiasa normal dan akan menyingkirkan jumlah berlebihan. Jika kadar potassium yang tinggi ia akan menyebabkan lemah jantung, dengupan jantung tidak tetap, lesu dan kesukaran bernafas. Contoh makanan yang mengandunggi potassium seperti bijirin gandum penuh, roti dan biskut, tomato puri, daging, ekstrak sayuran, kiub stok dan minuman berasaskan malta.

FOSFORUS
Kalsium dan fosforus adalah meneral yang membantu pertumbuhan tulang yang sihat. Hampir 85% daripada jumlah fosforus di dalam badan berada dalam tulang anda. Buah pinggang yang sihat membantu di dalam penyingkiran lebihan fosforus dan menyeimbangi thap fosforus di dalam darah. Buah pinggang yang tidak sihat tidak dapat membung fosforus dari darah dan mengakibatkan kandungan fosforus yang tinggi dalam darah(hyperphosphatemia). Keadaan ini menyebabkan kurang kalsium dalam badan dan menyebabkan sakit tulang atau sendi. Bagi pesakit buah pinggang, tahap fosforus yang dibenarkan adalah sebanyak 800 hingga 1000 miligram. Kebanyakkan makanan mempunyai fosforus, makanan yang mengandungi protein juga kaya dengan fosforus.

Sumber : Anis Mac 2013

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...