PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Thursday 30 August 2012

Susu Ibu

Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi 


* Memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara.
* Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu
* Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa anda bersama bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya.
* Jangan gunakan puting kosong.
* Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.
* Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan risau tentang pengawalan berat badan dengan mengurangkan makan kerana memberi susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk badan yang asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang memberi susu botol.
* Bagi ibu bekerja :
* susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja balik dari kerja. Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada hari cuti.
* Jika mampu, gunakan pam berkembar (double pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan susu. Kajian menunjukkan “double pumping” meningkatkan penghasilan prolaktin.
* Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja, sekurang-kurangnya 2-3 kali
* Tenangkan fikiran. 
* Tenangkan fikiran.
* semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi . pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.
* Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan malam kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu.

Saturday 25 August 2012

Cola Dan Kafein


Bahan asas yang digunakan untuk membuat kola diekstrak daripada biji yang diperolehi daripada pohon Cola nitida. Biji ini mengandungi 2 peratus kafein. Kuantiti kafein yang terdapat di dalam minuman kola berbeza mengikut jenamanya tetapi sebagai puratanya boleh dikatakan kafein yang ada pada minuman ini adalah sepertiga sehingga separuh yang berada dalam kopi.
Selain daripada itu, minuman ini mengandungi air soda dan gula yang tidak baik untuk kesihatan.
cola nuts


Buasir

Buasir ialah bongol-bongol yang mengandungi vena yang kembang atau timbul diselaput lendir rektum atau pada kulit sekitar dubur. Vena tidak seperti ateri yang mempunyai dinding yang kuat untuki menahan tekanan darah. Itulah sebabnya vena seringkali menjadi kembang.


Vena disekitar rektum tidak banyak tisu-tisu disekelilingnya sehingga ia mudah menjadi kembang. Sembelit ialah punca buasir, terutamanya apabila meneran ketika membuang air besar. Meneran ketika melahirkan anak adalah antara sebab punca sebab buasir dikalangan ibu-ibu.

Orang yang mengalami buasir akan berasa pedih dan gatal pada rektum. Darah akan keluar bersama najis ketika membuang air besar. Tisu hujung rektum akan menonjol keluar rektum bergantung jauhnya vena yang terlibat pada rektum daripada dubur. Sekiranya tisu ini menonjol mkeluar maka otot-otot dubur akan mencerutnya sehingga ia tidak dapat masuk semula.

Apa Yang Harus Dilakukan???
  • Makan lebih sayuran dan serat
  • Minum banyak air
  • ****Kes yang teruk...perlukan rawatan & pembedahan
Sumber : Anda Sihat Anda Bahagia, Harold Shryock, M.D

Angin Dalam Usus

Angin atau gas ini perlu dikeluarkan dari waktu ke waktu untuk menghindari rasa sakit. Ada sesetengah orang yang kebiasaannya menelan udara. Udara ini dapat dikeluarkan bersama gas dari dalam perut dengan bersendawa @ kentut. Perbuatan mengunyah gula2 getah juga akan membuatkan kita tertelan udara ke dalam perut.


Apa yang Harus dilakukan???
  • hindarkan makanan yang menghasilkan gas didalam perut. Spt kubis mentah, kekacang, minuman beralkohol dan sebagainya lagi.
  • makanlah makanan yang lembut, makanan yang banyak mengandungi banyak protein yang kurang lemak dan karbohidrat.
  • Ada juga yang mengambil air halia(petua lama : air rendaman halia) untuk membuang angin.

Saturday 18 August 2012

Basic H

Ermmmmm sejak dua menjak ni mak ni dilanda kekalutan yang amat sangat...dah la kalut ngan kerja, study, anak-anak....ermmm macam2 lagi lah....Haaaa nak balik kampung lagi....nak kena cuci rumah kaw kaw dulu baru tenang balik kg...tapi sempat ke nak mengosok longkang...bilik air...ermmm apa lagi jalan mudah...BASIC H  LA....CURAH CURAH biar kejap...sental...tak teruk sental sebab banyak kesan kotor tu dah tertanggal...tak percaya cubalah sendiri.........

Saturday 4 August 2012

Cinch Shake Mix

Setiap kali pengambilan Cinch Shake Mix, anda akan mendapat 24g protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6g serat larut(dicadangkan diambil bersama 1 sudu ESP). Ini penting kerana protin digunakan untuk pembinaan otot dan ototlah yang meningkatkan kadar metabolisma dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan  dan membantu mengurangkan pengambilan makanan pada waktu makan.
Memberi faedah seperti mengambil makanan tetapi rasanya seperti mengambil pencuci mulut.
  • Indeks glisemik - 22 sesuai untuk penghidap kencing manis.
  • Powered by leucine untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan.
  •  24gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa kenyang.
  • Tinggi kandungan serat.
  • Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga.
  • Memberikan 35% atau lebih nilai harian kepada vitamin dan mineral penting.
  • Tiada perasa tiruan, pewarna atau pemanis.

Lecithin

Diakstrak daripada kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetylkolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
Manafaat Utama

  • Menyerap vitamin yang larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
  • Melindungi hati - Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecah lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai pembersih saluran darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  • Pelangsingan - Menghalang obesiti.
  • Mencantikkan otot kulit - Membentuk memran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit seterusnya mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  • Memperbaiki alergi - Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam saluran darah seterusnya mempertingkatkan alergi spt penyakit kulit - dermatitis.
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulasi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stress.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  • Meringankan sembelit - Bertindak sebagai pelembut najis yang berkesan, ia melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...