PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Sunday 22 July 2012

DTX Complex


Mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok tisu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi(herba yang kaya dengan anti oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok(herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu). Ekstrak biji benih dapat menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

Hati merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia dan berkeupyaan untuk membina semula. Contohnya serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung begitu juga serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol yang berlebihan akan mengakibatkan kerosakkan pada hati TETAPI hati mampu memperbaiki ataupun pulih semula.

Fungsi Hati
  • Rembesan Hempedu 
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil(small gloube). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A,D, E, K dan membantu menghasilkan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.
  • Bertindak Sebagai Detoksifikasi
Metabolisme protin dan penampaian bakteria makanan dalam usus menghasilakn amonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolism protin. Untuk didetoksifikasikan amonia, hati juga mengabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.
  • Mengawal Paras Gula Dalam Darah
 Dengan menukarkan tiroksina - hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF(faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukarkan kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.
  • Penting Dalam Metabolisma Lemak
 Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga, di mana makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati yang berkemungkinan diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...