PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Thursday 18 July 2013

Risiko Alergi



Seorang kanak- kanak mempunyai risiko:
  • 15% peratus untuk mendapat allergi jika kedua - dua ibu bapanya tiada masalah alergi
  • 30% jika ibu atau bapanya mempunya alergi
  • lebih 60% jika kedua - dua ibu bapanya ada alergi




Tanda
Bahagian badan yang mudah bertindak balas terhadap sesuatu alergi ialah mata, hidung, paru - paru, kulit dan perut. Kita perlu projatin sekiranya anak menunjukkan simptom seperti selesema, hidung tersumbat atau gatal, bersin, gatal telinga dan tekak, gatal mata, ruam dan gatal gatal pada kulit.

Tindakbals alergi yang paling teruk ialah anafilasis yang menjelaskan berberapa organ secra serentak. Kulit akan dinaiki ruam atau gatal - gatal, sukar bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, sakit perut, loya dan muntah. Reaksi ini selalunya berlaku dalam masa berberapa minit sehingga berberapa jam terkena alahan. Sekiranya tidak dirawat, keadaan ini akan membawa kepada kematian.

Punca
Mungkin disebabkan oleh sesuatu yang disedut ketika bernafas, dimakan, terkena kulit atau disuntik kedalam badan(melalui suntikan atau sengatan haiwan).
  • Udara - debunga, habuk, bulu haiwan, kulapuk ataupun bahagian badan serangga.
  • Makanan - kira -kira 2% kanak - kanak mengalami alahan makanan dan biasanya alahan ini dikesan ketika mereka berumur 3 tahun. Antara makanan yang biasa menyebabkan alahan ialah susu lembu, telur, kacang soya, gandum, kacang tanah, kekacang, jagung, sebahagian bahan pewarna dan bahan perasa.
  • Sentuhan - bahan yang disentuh akan diserap oleh kulit dan boleh menyebabkan tindak balas pada seluruh badan bukan hanya pada tempat disentuh sahaja.
  • Suntikan - biasanya menyebabkan tindak balas teruk kerana alahan itu terus memasuki saluran darah. Pencetus alahan yang boleh menyebabkan tindak balas teruk ialah bisa serangga, ubat - ubtan, vaksin dan hormon.
Alah Susu Lembu

 Sekitar 1 -5 peratus bayi ada alahan kepada protein yang terdapat dalam susu lembu dan susu formula yang berasaskan susu lembu. Tanda alahan ini akan muncul dalam tempoh 6 bulan pertama, namun begitu kebanyakkan bayi akan bebas daripada alahan susu lembu pada usia 2 atau 3 tahun. Bayi akan mempamerkan tindak balas alahan seperti ruam, muntah, gatal, nafas berbunyi dan bengkak pelupuk mata dan badan yang lain.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...