PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Thursday 11 July 2013

Menambat Selera Anak Picky Eater

Anak - anak membesar memerlukan diet pemakanan yang seimbang. Sudah semestinya kebanyakkan anak - anak sangat meminati makanan ringan ataupun jajan. INGAT.....kesihatan anak terletak ditangan kita sebagai ibu bapanya. Kita bertanggungjawab membentuk budaya pemakanan yang sihat atau sebaliknya.



Minat Terhadap Makanan

Pelbagai makanan dapat disajikan kepada anak kita yang penting kita mengikut piramid makanan sebagai asas pemilihan makanan. Melebihkan sayuran dan mengurangkan lemak. Kadang -kadang memang susah untuk kita realisasikan tapi itu yang kita didik dalam diri anak. Tidak salah kalau anak suka pada coklat dan gula - gula tapi biar berpada-pada.

Cuba cetuskan minat anak - anak terhadap makanan dengan cara berikut :

  • libatkan anak semasa memilih dan merancang menu.
  • bawa anak ke pasar dan cuba terangkan khasiat pelbagai jenis makanan yang dijual di pasar secara menyeronokan.
 

  • galakkan anak membantu semasa anda menyediakan makanan
haaa ambik aiman ngan adik tolong kat dapoq...habis petai tok

  • hidangkan makanan yang pelbagai warna dan penuh daya kerativiti
  • guna peralatan yang pelbagai warna dan bentuk
  • luangkan masa untuk memasak. dalam Islam ada menyebut, air tangan ibu mampu menjadikan anak lebih sihat dan secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan
  •  
    Petua Menarik Minat Anak Makan
  • sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan
  • elakkan memberi makanan ringan atau manis pada waktu hampir menikmati makanan
  • potong makanan kepada saiz yg bersesuaian
  • timbang berat badan anak  setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesaran
  • sekiranya anak tidak dapat mengambil sesuatu makanan dalam tempoh yang agak lama, anda boleh memberikannya vitamin ataupun makanan tambahan
 Walaubagaimana pun, jika anak mengalami seperti penurunan berat badan, muntah dan tercekik, anak anda perlu penilaian yang lebih terperinci oleh doktor. Kemungkinan anak anda mengalami :
  • perasaan benci terhadap makanan
  • kegagalan otot pengunyahan (mulut)
  • penyakit gastro oesphageal reflux
  • kegagalan neuro(otak saraf) contohnya cerebral palsy(keabnomalan perkembangan otak yang menyebabkan kelemahan dan ketiadaan koordinasi pada anngota-angota tubuh)
  • usus kecil tersumbat(intestinal obstruction)
  • achalasia - keadaan yang mengganggu aktiviti normal otot esofagus(gluet) dan ini melibatkan perjalanan bahan - bahan yang ditelan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...