Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan
tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya
mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan
malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk
menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan
lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).
Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin,
sebagai panduan buat semua: VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya
diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan
berlemak/berminyak. VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak
memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas
anda mengambil makanan berlemak/berminyak. Ostematrix (Kalsium) :
Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur.
Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur,
kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
APA YANG TIDAK DIGALAKKAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E
kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa. Mengambil supplement zat
besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu
penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi
bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa
berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.
Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu
penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah
dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan,
terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia
disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.
Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil
bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan
eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita. Sekiranya anda merasakan
praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang
memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau
bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh
badan kita.
Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :
Selepas sarapan pagi : B complex dan zink
In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP
Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Vitalea
In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP
Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)
Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :
Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan
mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu
selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.
Credit to Master Farihah
No comments:
Post a Comment