PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Thursday 30 August 2012

Susu Ibu

Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi 


* Memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara.
* Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu
* Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa anda bersama bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya.
* Jangan gunakan puting kosong.
* Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.
* Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan risau tentang pengawalan berat badan dengan mengurangkan makan kerana memberi susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk badan yang asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang memberi susu botol.
* Bagi ibu bekerja :
* susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja balik dari kerja. Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada hari cuti.
* Jika mampu, gunakan pam berkembar (double pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan susu. Kajian menunjukkan “double pumping” meningkatkan penghasilan prolaktin.
* Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja, sekurang-kurangnya 2-3 kali
* Tenangkan fikiran. 
* Tenangkan fikiran.
* semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi . pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.
* Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan malam kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...