PERHATIAN

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Makanan tambahan.


Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.

Saturday 25 August 2012

Buasir

Buasir ialah bongol-bongol yang mengandungi vena yang kembang atau timbul diselaput lendir rektum atau pada kulit sekitar dubur. Vena tidak seperti ateri yang mempunyai dinding yang kuat untuki menahan tekanan darah. Itulah sebabnya vena seringkali menjadi kembang.


Vena disekitar rektum tidak banyak tisu-tisu disekelilingnya sehingga ia mudah menjadi kembang. Sembelit ialah punca buasir, terutamanya apabila meneran ketika membuang air besar. Meneran ketika melahirkan anak adalah antara sebab punca sebab buasir dikalangan ibu-ibu.

Orang yang mengalami buasir akan berasa pedih dan gatal pada rektum. Darah akan keluar bersama najis ketika membuang air besar. Tisu hujung rektum akan menonjol keluar rektum bergantung jauhnya vena yang terlibat pada rektum daripada dubur. Sekiranya tisu ini menonjol mkeluar maka otot-otot dubur akan mencerutnya sehingga ia tidak dapat masuk semula.

Apa Yang Harus Dilakukan???
  • Makan lebih sayuran dan serat
  • Minum banyak air
  • ****Kes yang teruk...perlukan rawatan & pembedahan
Sumber : Anda Sihat Anda Bahagia, Harold Shryock, M.D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...